Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Monday, March 21

Cerita Teladan Untuk Suami-suami Malas

Akob begitu asyik menonton perlawanan di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, 


"Bang, lampu di halaman rumah dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye."
"Pasang lampu? Kamu ingat saya ni TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar," minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip? Kamu ingat saya ni Jabatan Bekalan Air ke?" jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas." kata isteri Akob.
"Minta maaf bebanyak, saya tak kerja kat Petronas." jawab Akob dengan sinis.


Kerana merasakan terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bola sepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila dia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.


Pada keesokan paginya Akob bertanya kepada isterinya,


"Awak minta tolong siapa semalam?"
"Begini bang setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kepada saya kenapa menangis. Saya menceritakan segala-galanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat."
"Apa syaratnya?" Tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan dia roti atau tidur dengannya."
"Jadi awak buat roti apa untuk dia?" Tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya ni kedai roti ke...?"


~~~ paham2 je la pe mksud bini Akob ni ekkk... SEKIAN ~~~

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers