Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Sunday, December 2

HARIMAU BAHAM SANG GARUDA

HI HI TO ALL MY BELOVED READERS...
Heyyy...
Sape2 tengok match semalam???
SILA LIKE POST KU NI... 
Hehehe...
Betapa gembiranya hati ku bila Malaysia dapat menumpaskan Indonesia.
Siap mse Full Time hbs ku ngn adik ku jerit "Yeayyyyyy..."

Bayangkan mse perlawanan nak bermula...
Punyer la jantung ni b'degup mcm nak keluar je rasa nye...
Ne tak nye... ni penentunye...
PENENTU UTK PI KE SEPARUH AKHIR... 

Ni kerratan akhbar dari Berita Harian 
(Sila klik "Berita Harian" utk pembacaan yg lbh jelas)

HARIMAU MALAYA BAHAM GARUDA

PEMAIN Malaysia Safee Sali (jersi biru) diasak pemain Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto HASRIYASYAH SABUDIN

Kuala Lumpur: Malaysia mengiringi Singapura ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu bukan saja penting bagi memastikan misi mempertahan kejuaraan terus menyala, tetapi secara tidak langsung menyingkirkan seteru tradisi itu yang sekali lagi menjadi mangsa Harimau Malaya. 

Ketiadaan S Kunanlan dan Khyrill Muhymeen Zambri yang direhatkan  kecederaan tidak merencatkan percaturan Datuk K Rajagobal yang masih mampu menurunkan skuad terbaik ketika menang 4-1 ke atas Laos. 


Malaysia memulakan permainan agak perlahan dengan percubaan pertama muncul hanya selepas Indonesia empat kali berjaya melepasi benteng pertahanan negara dalam tempoh sembilan minit.

Bagaimanapun, pemain negara kembali mengawal permainan dan pada minit ke-27, skuad negara membuka jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil yang merembat kencang hantaran lintang Mahali Jasuli.

Bek kanan, Mahali yang tampak begitu serasi dengan bekas rakan sepasukan dari Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor, meledak gol kedua negara pada minit ke-30 selepas menyempurnakan hantaran satu dua dengan Wan Zack.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba bangkit merapatkan jurang menerusi gerakan pantas sayap kanannya, Andik Vermansyah, namun benteng negara yang dikemudi Fadhli Shas dan Aidil Zafuan Abd Radzak cukup sukar ditembusi. 
Pujian juga harus diberikan kepada hampir 65,000 penyokong tempatan yang sepanjang perlawanan, berjaya memastikan semangat pemain Harimau Malaya terus membara untuk meraih kemenangan.

Semalam mse syok tengok match...
Perghhh... B'gema SNBJ dengan sorakan penyokong menjerit nme MAHALI JASULI...
MAHALI JASULI mmg t'baik la malam td. 


Pe pun tahniah kepada Malaysia atas kejayaan korang utk ke pusingan separuh akhir. 
Separuh akhir nanti akan b'temu dengan Thailand. 
9 & 13 September 2012 

Sebagai persediaan match akan datang, ku beli jersi baru HM... Beli dari kawan yg dok kat kedah nun... 
Original nye. =)

TAHNIAH HARIMAU MALAYA...
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU... =)

~~SEKIAN, SALAM~~

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers