Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Saturday, February 26

LAWAK ----- LAWAK ----- HAHAHA...

Kelas 3 Amal yang tadi nya riuh rendah kerana ketiadaan guru, kini senyap sepi. Ini disebabkan oleh guru Bahasa Melayu mereka yang melangkah masuk ke kelas. Nama guru tersebut ialah Pn. Madhu. Wajahnya garang seperti harimau. Ini membuatkan semua orang menggeletar apabila melihatnya...

Guru : Bangun!!!
Wee Na : Selamat Pagi, Cikgu!!!
Guru : (menengking) Selamat Pagi sahaja? Petang dan malam awak tak doakan untuk saya ke? Diri betul-betul... Bee Fern jangan berbual lagi.
Mun Hui : Selamat pagi, petang, dan malam, cikgu!
Guru : Panjang sangat, tak pernah dibuat orang. Bukan kah lebih baik diucapkan selamat sejahtera saja.     Ringkas dan padat bagi masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera, cikgu...!!!
Guru : Bagus, duduk! Hari ni, saya akan mengajar kamu perkataan berlawan dan saya tak nak dengar sebarang gangguan. 
Murid : (senyap)
Guru : Tinggi
Karisma : Rendah
Guru: Gelap
Mimi: Terang
Guru : Cantik 
Oii : Hodoh
Guru : Tebal
Kelly : Nipis
Guru : Berjaya
Bavani : USNO
Guru : Salah
Sio Kian : Betul
Guru : Ini bukannya soalan, bodoh!!!
Era : Itu adalah jawapan, pandai!!!
Guru : Berhenti... Berhenti...!
Zul : Mula... Mula...!
Guru : Sudah! Saya tension ni...!
Kok Weng : Belum, kami sabar ni... 
Guru : Cukup! Salah jawapan
Usop : Kurang benar, soalan.
Guru : Oh!!! Tuhan...
Merya : Oh!!! Hamba...
Guru : Dengar sini...
Zai : Kata situ...
Guru : Saya kata USNO salah.
Fairuz : Kami dengar berjaya betul.
Guru : Oh, melawan ya...
Aida : Oh, mengalah tidak...
Guru : Kurang ajar, kau!
Azam : Cukup belajar kami.
Guru : Malas saya nak ajar kamu!
Deja : Rajin kami belajar cikgu.
Guru : Ok, pelajaran sudah tamat.
Anuar : Ko, pelajaran belum bermula.
Guru : Ini lah akibatnya... Jangan balik!!!
Choi Har : Itu lah kebaikan nya, boleh blah!!!
Guru : Kamu ditahan tengahari ni...
Lyza : Kami dilepaskan tengah malam ni...
Guru : Kamu degil betul.
Su Chong : Kami sungguh baik.
Guru : Mati ku...!!!
Diana : Hidup engkau...!!!

Dengan perasaan bengang bercampur geram, Pn. Madhu keluar dari kelas 3 Amal. Semua pelajar berasa lega kerana dapat menjawab soalan dengan cepat dan tepat. Namun begitu, mereka lupa esok sedia menanti... Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers