Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Saturday, July 30

Doa Untuk Teman Tersayang...

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Tolong permudahkan urusan dia,
Sesungguhnya dia amat memerlukan Mu.

Ya Tuhan,
Tolong beri semangat kepada dia untuk menempuhi segala cabaran yang harus digalas 
oleh anak muda ini untuk hari ini dan hari seterusnya.

 Ya Tuhan ku, 
Berilah kekuatan untuk dia kerana hari ini adalah hari yang paling bermakna
dan hari untuk menghadapi cabaran yang getir untuk diri nya.
Sesungguhnya dia memerlukan kekuatan daripada Mu, Ya Tuhan ku.

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Tolong lapang kan minda dan hati dia untuk hari ini dan hari seterusnya.
Ku berharap Engkau dapat berbuat sedemikian
kerana dia memerlukan sokongan Mu.

Ya Tuhan,
Andai Engkau mendengar doa ku ini,
tolong makbul kan.
Doa ku ini ikhlas dan hanya
Engkau sahaja dapat memahami segala isi hati ku ini.

Hari ini adalah hari yang paling bermakna untuk diri dia mahupun untuk ku.
Ku berharap sangat ku dapat beri segala kekuatan dan semangat ku untuk dia 
menempuhi segala cabaran yang berat dan besar hari ini.

Ya Allah Ya Tuhan ku,
Ku meng-Amin kan segala kata-kata anak muda ini.
AMIN. 

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers