Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Friday, March 11

Bestnya Jadi BABY!!!

Bila kita dah tension untuk menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup kita, sesekali kita akan terpikir betapa bestnya kalau boleh jadi bayi semula. Tak payah pening nak pikirkan apa2... Cuma makan dan tidur aje. Alangkah bestnye jadi bayi...

TAK PAYAH SUSAH CARI MAKAN 
Nak makan, mak ayah korang sediakan dan lepas tu siap tolong suapkan lagi. Korang tak perlu buat apa-apa pun, korang hanya perlu menangis je bila rasa lapar.

JADI TUMPUAN
Disebabkan oleh ke'cute'an korang, mana saja korang pergi, korang pasti jadi tumpuan dan dapat perhatian. Semua orang pakat berebut nak cium dan dukung korang. Lagi menguntungkan kalau yang dukung korang tu adalah sorang awek cun atau balak hensem!

TAK PAYAH SUSAH-SUSAH PERGI TOILET
Bila korang rasa nak kencing ke... buang air besar ke... korang tak payah susah-susah pegi toilet. Lepaskan aje hajat korang tu kat dalam lampin pakai buang korang tu. Dan bila dah melepas, korang menangis je dan lepas tu mak ayah korang yang akan bersihkan hasil buangan korang tu. 

DAPAT DUIT DAN HADIAH
Asal aje orang datang melawat korang, korang pasti akan diberi duit dan hadiah-hadiah yang best. Korang tak payah susah-susah pikir mana nak cari duit lagi.

TAK KENA MARAH 
Apa saja kesalahan yang korang lakukan, korang pasti tak akan kena marah punya, Korang melepas kentut ke, buang air atas tangan orang ke, tendang muka orang ke, termuntah kat baju orang ke... korang tetap tak akan dipersalahkan. Ye la... xkan la dgn baby pun nak dimarah-marah, dia bukannya tau apa2 pun.


~~ SEKIAN ~~


No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...