Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Monday, March 28

Piala Emas Khir Johari Milik Selangor

Pertama skli ku nak ucapkan tahniah kepada team Selangor krna menjadi juara dlm pertandingan kali ni. Hmmm... ku tumpang hepi je la... wlaupun x dpt pi stadium tgk live match, de la cdih sket2 bb mslh transport, p, x pe la. Mungkin xde rezeki nk pi cne tgk dorang main takraw. Pe lg... dlm ati ckp, wahhh... selangor gerenti jd juara nye thun ni. hehe... Bawah ni keratan akhbar dr Utusan Malaysia Online ku amb td. Bce sndri ye... :)

KUALA LUMPUR - Selangor kembali menjulang Piala Emas Khir Johari sekali gus menyamai rekod juara terbanyak 11 kali dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setelah menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-48, semalam.

Diperkuatkan lima pemain elit negara, skuad bimbingan Amir Abu Bakar itu turut mengaut ganjaran RM10,000 sambil menghampakan hasrat Kuala Lumpur untuk mengecapi semula kejuaraan berpasukan yang kali terakhir dinikmatinya tiga tahun lalu.

Mereka ialah Noor Azman Hamid, Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam dan Azlan Mubin selain bekas pemain negara seperti Futra dan Ariff serta Mohamad Arif Busu dengan hampir semuanya sekadar bergelar naib juara tahun lalu, ditewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1.

Noor Azman (tekong), Futra (pelibas) dan Ariff (pengumpan) meraih mata sulung Selangor dalam pertarungan di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching dengan menumpaskan gandingan Kuala Lumpur, Ahmad Aizat Nur Mohd. Azmi, Fazlan Amimi Zulkifli dan Nor Hisham Ghani 15-7, 15-11.

Ahmad Sufi, Norshahruddin dan Farhan pula memastikan kemenangan pasukan mereka biarpun diheret ke set penentuan dalam sistem kiraan baru permainan, 15 mata dengan menjinakkan Ahmad Ezzat Zaki, Khairul Anuar Ibrahim dan Khairul Ismail 6-15, 
15-6, 15-11.

Selaku naib juara, Kuala Lumpur yang pernah memiliki trofi tertua negara itu sebanyak sembilan kali, terpaksa berpuas hati dengan RM6,000 walaupun masih mencipta kejutan kerana mara sejauh ini bersandarkan kudrat orang lama dan sekadar memiliki 
10 pemain.

Terdahulu Selangor yang kali terakhir menjuarainya pada 2003, menewaskan Kedah dan Pahang 3-0 serta Terengganu 2-1 dalam Kumpulan B selain Pulau Pinang 2-0 (suku akhir) sementara selaku juara Kumpulan C, Kuala Lumpur yang dibimbing Rosli Ab. Rahman, mengatasi Melaka dan Sabah 3-0 serta ATM 2-1 di samping Perak 2-0 (suku akhir).

Tempat ketiga bersama dan ganjaran RM4,000 menjadi milik Kelantan dan naib juara 2009, Terengganu yang masing-masing ditewaskan Selangor 0-2 (12-15, 14-16) (13-15, 9-15) dan Kuala Lumpur 2-0 (10-15, 10-15) (11-15, 12-15) dalam separuh akhir sebelah pagi.

Sistem kiraan baru yang diperkenalkan pada kejohanan empat hari dengan disertai 16 pasukan ini, turut menyaksikan kejutan antaranya juara bertahan, PDRM yang disingkirkan Terengganu 0-2 sementara juara 2009, ATM disekat Kelantan 0-2 masing-masing dalam suku akhir kelmarin.

PASUKAN Selangor bergembira menayangkan Piala Emas Khir Johari, pingat dan cek RM10,000 sebagai juara Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Ke-48 selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, semalam.

P/S: Hehe... rndu ngn abg2 smua. ble kte nk jmpe lg hoh... xpe la, InsyaAllah, di mse lain, blh la jmpe. TAKRAW MALAYSIA THE BEST...!!! MALAYSIA BOLEH...!!! SEKIAN.

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers