Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya: "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia.''
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut , gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: ''Selama ini ada malaikat ini yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti.''
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: ''Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Jangan takut. Malaikat yang ku pilih itu akan menyanyikan lagu untuk mu, menghadiahkan mu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai.''
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: ''Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan faham memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Malaikat yang ku pilih itu akan berbicara pada mu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara.''
Bayi itu bertanya lagi: ''Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti.''
Bayi itu masih terus bertanya: ''Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungiku nanti?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya.''
Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi: ''Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi.''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Usah gusar, malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku pada mu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu.''
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: ''Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?''
Lalu Tuhannya menjawab: ''Ibu! Ibu yang melahirkan engkau.''
Selamat Hari Ibu untuk pembaca yang membaca entri sy ni... Terima kasih...
I LOVE MY MOM... :)
~~ SEKIAN ~~