Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Tuesday, May 3

LAWAK GILA

Toha telah dihantar majikannya untuk berkursus di Kuala Lumpur. Lewat tengah hari Toha baru sampai, dia pun menginap di sebuah hotel mewah yang ditempah majikannya. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Disebabkan seminar akan bermula sebentar lagi sedangkan kawannya sudah menunggu di lobi, Toha pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mel ringkas kepada isterinya. Malangnya dalam terkocoh-kocoh itu, Toha telah tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mel tersebut.

Di sebuah rumah di kelantan pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang menghantar dari upacara pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk meyemak e-melnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-teman. Selepas membaca e-mel pertama itu, si janda tersebut terus rebah ke lantai. 
Anak lelaki janda tersebut bergegas ke bilik ibnya dan mendapati si ibu sedang tercungap-cungap. "Emeeeelllll... ee-meeeeelllll," kata si ibu terketar-ketar. Si anak pun membaca e-mel yang baru habis dibaca ibunya tadi. Begini bunyinya...

To: Isteri kesayangan ku
Date: 5 Mei 2010
Subject: Abang telah selamat sampai

Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah disediakan disini. Ia cukup indah untuk menyambut kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti sayang. Abang harap perjalananmu ke sini akan lebih bermakna seperti apa yang telah abang lalui ketika ini. Abang tidak sabar menunggu hari esok.
Suamimu... 

P/S: Jangan silap taip alamat emel... kan dh jd lain plak... Hahahahahaha... 

-- SEKIAN --

3 comments:

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers