Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Friday, June 24

Malaysia BENAM Lubnan 2-1

Pagi smua bloggers...
Korang pun taw pe yg ku nak dok membebel skrg...
Ya... Itu dia... Malaysia layak ke pusingan seterusnya setelah mengalahkan Lubnan semlm...
Bangga sehhh... wlaupun Lubnan hmpir2 kejar kte...
Thanks to Khairul Fahmi Che mat... Wlaupun bahu de cedera sket mse tangkp bola smlm, 
P, beliau tetap mantap... Caya la, apex...
Memang ni la yg d'tunggu2 oleh rakyat Malaysia... 
2-1
Cantik... Hahaha... wlaupun lolos 1 gol...

Ni de keratan dr akhbar Berita Harian Online...

Kami mampu gegar: Kim Swee
Oleh Syed Riduan Ahmad dan Nasaruddin Parzi

2011/06/24

 PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama  penyokong  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Lubnan 2-1 bersama penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Samir terima kekalahan tapi tetap anggap Lubnan kurang nasib baik

ONG Kim Swee menyuarakan rasa yakin skuad Olimpik negara mampu membuat kejutan di pusingan ketiga nanti selepas menyaksikan anak didiknya itu menewaskan Lubnan 2-1, malam tadi.

“Kita sedar pusingan ketiga nanti memang sukar, tetapi jika corak permainan sama dan disiplin tinggi dipamerkan, kita mampu membuat kejutan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda itu pada sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebaik tamat pusingan kedua kelayakan.
“Walaupun terpaksa bertahan dengan hanya 10 pemain sepanjang 40 minit terakhir, pemain menunjukkan semangat tinggi untuk menang dan sepanjang tempoh itu juga saya tetap yakin kita mampu layak.

“Selepas ini lebih banyak halangan akan dihadapi skuad muda ini dan saya anggap ia sebagai proses pembelajaran yang tidak akan habis. Ini adalah permulaan kepada bola sepak negara.”

Malaysia layak atas agregat 2-1 selepas seri 0-0 dalam perlawanan pertama di Beirut, Ahad lalu.

Sementara itu, ketua jurulatih Lubnan, Samir Saad menerima dengan hati terbuka kekalahan pasukannya yang dirasakan mempunyai lebih banyak peluang berbanding tuan rumah tetapi hanya mampu menjelmakan satu gol.

“Malaysia mencipta dua atau tiga peluang pada babak pertama tetapi berjaya menjaringkan dua gol, Lubnan pula mempunyai 10 hingga 15 peluang, tetapi hanya menyempurnakan satu gol,” kata Samir. 
“Kami mempunyai lebih banyak peluang apabila Malaysia kehilangan seorang pemain, tetapi pasukan tuan rumah yang mendapat sokongan padu penonton bermain dengan semangat tinggi untuk mempertahankan kelebihan.

“Bagi saya secara keseluruhan, pemain saya beraksi baik sepanjang 90 minit, cuma kami banyak terlepas peluang menyamakan kedudukan.”

-------------------------------------------------------------------------------------------

Come on la... ku dh jangka Malaysia blh laku kan nye... Dh terbukti beb...
And semlam pun de BWF Indonesia Open... 
Datuk Lee Chong Wei, Beregu Campuran & Beregu kte Koo Kien Keat/Tan Boon Heong layak ke Quarter Final...
Mula2 ragu ngn beregu negara kte bab kalah set 1... Pi set 2 dorang menang... So pi la rubber set...
YES... WE WON...!!!

See... I told u... My prediction become true... Hahaha...

P/S : Balik kampung petang ni... X dapat nak update blog selama 4 ari... Balik cni ari isnin ni... 
Harap korang dapat jenguk blog ku ni ye... :) Thx. 

~~ SEKIAN ~~

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers