Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Sunday, June 12

Piala FA Milik Terengganu

Pertama sekali ku nak ucapkan TAHNIAH kepada team TERENGGANU kerana berjaya merangkul PIALA FA 2011. 
Wahhh... Dari awal lagi ku tgk match ni malam semalam, jantung dh b'degup kencang... 
Ku dari mula dah sokong Terengganu... (Atas permintaan 'seseorang' yg dok Terengganu skrg, hehe...)
Pi Kelantan mmg terer woahh... X dapat disangkal lagi pemain2 Kelantan mmg hebat2 belaka...
Corak permainan Kelantan lebih terserlah daripada pemain2 Terengganu...
SALUTE LA BEB...
Pi kerana SEMANGAT JUANG pemain-pemain TERENGGANU yg begitu tinggi harus dipuji... 
Dorang memang bersemangat tinggi diakhir2 perlawanan... 
Ya... Ku dh jerit GOAL...!!! Bergema umah dek jeritan ku mse Terengganu skor 1 GOL... 
Ni de keratan akhbar dari BERITA HARIAN pasal Piala FA

-----------------------------------------------------------

Dramatik
Oleh Khairil S Iswan dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my
2011/06/12


PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan  dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan

Ahmad Nordin muncul wira atasi Kelantan di final Piala FA 2011 

TERENGGANU mengakhiri penantian 11 tahun apabila bergelar juara Piala FA 2011 selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam permainan 120 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.Suasana final luar biasa dapat disaksikan beberapa jam sebelum bermula dan sebaik wisel ditiup, rentak pantas dipamerkan kedua-dua pasukan dengan Kelantan bimbingan Datuk M Karathu lebih banyak mendominasi babak awal dan beberapa kali melepasi benteng Terengganu tetapi tiada penyudah berkesan termasuk peluang baik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-42 yang ditepis Sharbinee Allawee Ramli. 

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mencari peluang menerusi serangan balas kilat dan Abdul Hadi Yahya hampir memecah kebuntuan pada minit ke-22 tetapi rembatan penyudahnya dibaca penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. 

Memasuki babak kedua, permainan rancak kedua-dua pasukan terganggu hampir lima minit apabila api suar dibaling berhampiran gawang Terengganu ketika Kelantan melakukan asakan tetapi sebaik permainan disambung, Khairul Fahmi sekali lagi menjadi penyelamat apabila menepis cubaan leret Joseph Kallang Tie pada minit ke-56. 

Cubaan berterusan Kelantan berhasil ketika permainan berbaki 10 minit apabila gerakan solo dan sepakan lambung mengelirukan Nurul Azwan Roya memperdaya Sharbinee tetapi usaha berterusan Terengganu memaksa permainan ke masa tambahan apabila Daudsu Jamaluddin tertanduk ke gawang sendiri di hujung masa tambahan. 
Ketika kedua-dua belah pasukan mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, Ahmad Nordin yang berada pada posisi tepat ketika sepakan sudut, mematahkan semangat juang The Red Wrriors dan puluhan ribu penyokongnya dengan rembatan jarak dekat untuk memastikan trofi berprestij diarak pulang ke Kuala Terengganu. 

Kelantan pula terus kempunan untuk menamatkan penantian 22 tahun dengan peluang dua tahun lalu dikecewakan juara lima kali, Selangor menerusi penentuan penalti selepas permainan masa sebenar terikat 1-1. 

-----------------------------------------------------------



Pi paling ku x puas hati beb... mase penyokong Kelantan baling mercun kat PG Terengganu...
Woiiii... Pe ni beb... Xnak men baling2 mercun... kang x pasal kne goaly nye kang cedera...
Cian Sharbinee nnt... :)


Pe pun... Kelantan pun main ngn baik semalam. Xpe, bukan nasib dorang.
Rezeki Terengganu...

"PETEH GANU PETEH"

~~SEKIAN~~

No comments:

Post a Comment

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers