Please... Give 1 Click... Thank You.

Loyal Followers

Like My Blog

Monday, July 25

ISTAF Sepak Takraw Piala Dunia : Malaysia Tumpas kepada Thailand

Salam dan Hi kepada semua pembaca... 
Uihhh... rasa nya dah lama ku x update blog ku ni...
Walaupun baru 2 hari x update...
Bukan busy pe pun... Line internet ku LOW sgt3...
Tambahan pula ku syok tgk LIVE MATCH ISTAF Sepak Takraw Piala Dunia sabtu & ahad smlm...
Dah nama pun penyokong sepak takraw Malaysia...
So, ku xnak la lepaskan peluang keemasan... 
Nak tgk siaran ulangan x best la...
Xde feel... :P

Ok... Ni ku copy-paste dari akhbar Berita Harian Online pasal Takraw...

Thailand gah tiada tandingan
Oleh Sukhairi Abd Thani
sukhairi@bharian.com.my
2011/07/25

Sapu bersih juara regu lelaki, wanita Piala Dunia ISTAF


THAILAND ternyata masih bukan tandingan buat Malaysia apabila negara Gajah Putih itu membenam regu lelaki kebangsaan 3-0 dalam aksi final Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) di Stadium Titiwangsa, semalam. 
Skuad wanita Thailand turut cemerlang untuk memberikan kejuaraan berganda selepas menundukkan Vietnam 3-0.Biarpun beraksi di hadapan penyokong tempatan, skuad negara kelihatan hilang fokus dan kerap kali melakukan kesilapan terutama dalam melakukan servis yang membuahkan mata percuma kepada pihak lawan pada set pertama dan kedua.
Kelemahan itu terserlah dalam set pertama dan kedua (15-4, 15-6) apabila tekong negara, Nor Azman Abdul Hamid gagal melunaskan servis dengan baik sebelum keadaan tampak seimbang pada set ketiga selepas dia digantikan dengan Muhammad Syazwan Husin. 
Begitupun, kebangkitan trio negara agak lewat untuk mengekang kemaraan lawan yang tampak sudah bersedia bergelar juara sulung kejohanan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM24,000. 
“Kami nampak sistem baru ini (kiraan mata 15) memerlukan kekuatan daripada sudut servis yang mana Thailand mahir dengan itu. Kami juga sedar kesilapan itu banyak dilakukan pasukan negara dan kami gagal mengatasi servis dilakukan Thailand. 
“Tapi saya percaya satu masa nanti, regu kebangsaan akan menyinar kembali seperti di Sukan SEA Manila 2005. Kita tunggu dan lihat saja di Sukan SEA di Indonesia, November nanti,” kata ketua jurulatih, Jamaluddin Hassan. 
Terdahulu, regu wanita kebangsaan tewas di saingan separuh akhir kepada Vietnam 5-15, 15-12, 4-15 dan 11-15. Namun begitu, pasukan wanita yang dibarisi Noor Fairuz Azizan, Norfarhana Ismail, Siti Norzubaidah Che Abie Wahab, Norashidah Abdul Rashid dan Rahilah Harun menempah tiket ke Siri Super ISTAF di Bangkok, September ini. 

----------------------------------------------------------------------------------------------
Walaupun kita kalah kepada Thailand, pi dorang telah lakukan yang terbaik semalam... 
Yela, walaupun ku taw ramai peminat sukan sepak takraw yg kecewa sgt2 ngan performance dorang semlm...
Luahan hati salah sorang peminat sepak takraw... 
De banyak lagi.. Pi xnak publish kat cni...
Semput dada den membaca smua nye...
*Sakit hati*
(Kalo nak lg jelas, sila klik pd gambar tersebut)


(Kalo nak lagi jelas, sila klik pada gambar tersebut)


P/S : Kepada Abg Shah aka Shinchan (Norshahruddin Mad Ghani), Man-Kuda (Noor Azman Abdul Hamid), Emon (Farhan Adam),  Amy (Mohd Helmi Ismail) & Muhd Syazwan Husin... Korang dah lakukan yg TERBAIKKKKK semalam... 
Pe pun, korang kalah kepada thailand, kteorg dn SAYA sendri akan tetap trus menyokong anda smua...
HIDUP TAKRAW MALAYSIA... 



Sori la... ni gambar lama... xde yg terbaru lg... hehe... 




P/S : Kalo korang PRO... Korang teka spe orang kat atas ni??? hehe...


~~ SEKIAN, SALAM ~~

2 comments:

  1. yg pakai baju merah no.11 tu norshahruddin mad ghani kan..hehe :P

    ReplyDelete
  2. @Cik Ain Lalala~ : Yep... dats rite. :) senang je nak teka. Killer no.1 negara M'sia, spe x knal kn... Btl x cin ain??? hehe... :P

    ReplyDelete

Thank You for your commentary.
And do come visit my blog again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers